Thursday, September 30, 2010

m1mp1 4ng bul3h m3ny3satk4n IMAN

Amira terasa amat dahaga. Dapat seteguk air pun jadilah untuk Amira meneruskan perjalanannya untuk keluar dari hutan belantara yang telah dihuninya hampir 4 hari.

Yaaaaa!!! Amira sesat, sesat di dalam hutan belantara yang gelap yang hanya dicerahi dengan sisir-sisir cahaya matahari. Seingat Amira, 4 hari yang lalu, dia bersama rakan-rakan eskpedisi nya di Gunung Tahan. Ketika itu, dia berada di tebing sungai untuk mengambil wuduk untuk solat Asar. Selesai saja berwuduk, dilihat sekelilingnya lesap. Tiada lagi khemah, tiada lagi suara-suara borak rakan-rakannya, tiada lagi pakaian-pakaian yang digantung, tiada alat-alat perkhemahan, tiada makanan… Semuanya lesap!!!


Bingung serta berdebar rasanya hati Amira. Amira menjerit menyebut nama kawan-kawannya namun tiada seorang pun menjawab. Amira menjadi gusar, dia mula melangkah mencari kawan-kawannya yang telah hilang sambil menjerit nama mereka. Langkah demi langkah, sedar-sedar Amira telah tersasar jauh dari tapak asal. Dia tidak lagi berada di sekitar tebing sungai. Dia dah sesat!!

Kini setelah 3 hari berlalu, dan telah melangkah lebih dari 50km seorang diri di dalam hutan, kakinya sangat lemah. Tak mampu lagi rasanya Amira meneruskan langkahnya. Dia betul-betul dahaga. Kaki dan tangan Amira mula bergetar, tanda-tanda kekurangan gula di dalam badan begitulah keadannya. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Amira terbaring di tanah hutan sambil menjerit pertolongan.Namun tiada siapa yang menyahut.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri Amira yang terbaring sambil membawa segelas air.

“Abang tolong saya bang… Saya dahaga…saya sesat!!!” tangis Amira kepada lelaki itu.

Lelaki itu hanya melihat Amira dalam keadaan berdiri. Tidak la pula dia menolong atau menghulurkan air kepada Amira. Hanya berdiri dan melihat keadaan Amira yang begitu daif.

“Tolong bang!!!!!!! Saya dahaga!!!” rayu Amira lagi.

Lelaki itu hanya mencelupkan jari-jarinya ke dalam gelas berair tu lalu direnjiskan ke muka Amira.

NIKMAT!!!!!!! SEJUK!!! Mungkin itu yang dirasai Amira setelah lama tidak merasai air.

“Kasi saya air abang!!!! Tolong!!!”

Dan lelaki itu menjawab,

“Aku boleh bagi kau air… Tapi dengan satu syarat!”

“Apa syaratnyaaa??? Saya dah dahaga ni…………..”

Lelaki itu membalas persoalan Amira sambil senyum,

“Tinggalkan ajaran Muhammad SAW”

Amira terdiam…………..Adakah ini dugaan iman???

Tiba-tiba!!!

“Amiraaaaa…. Bangun Amira!!!!! Dah maghrib… Hissssshhh apa tido-tido time maghrib ni!!!!!” sergah mak Amira cuba membangunkan Amira dalam dunia dilemanya sebentar tadi.

Jeng jeng jeng!!!!! Haaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! SEKIAN SAJA CERITA PASAL AMIRA TADI.

Alhamdulillah….. Amira masih diberi peluang untuk hidup. Seandainya itulah tidurnya yang terakhir dan itulah juga mimpi dunianya yang terakhir, dan di dalam mimpi tu dia terpaksa memilih samada air atau ajaran Muhammad, dan dia tersalah pilih pilihan…. Astagfirullah…….

Jadi kepada korang-korang beraddin Islam, semasa tidur, kita juga boleh diuji keimanan kita ni.Maka hati-hatilah… Pesanan untuk kita semua termasuk laa aku sekali…

Semoga kita berada di jalan yang benar. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates